Posts

Showing posts from 2013

DirIkU haNYA iNSAN bIASa Yang CUBa uNtuk JadI yANg TerbaIK. ~~~~~~

Assalamualaikum, Sedaya Upaya aku untuk  mencuba jadi yang terbaik....      Namun aku hanya insan biasa, aku hanya Manusia biasa, Aku tidak akan pernah menjadi seorang yang sempurna.      Kerana banyak kesilapan, banyak Dosa yang telah aku lakukan, Aku hanya Mampu memohon keampunan daripada-MU YA-ALLAH,      Aku memohon  keampunan yang telah aku lakukan sepanjang hidupku, Mungkin boleh jadi saat ini adalah nafas terakhir ku,      Mungkin boleh jadi ini juga terakhir nukilan ku....... Tapi adakah amal ku sudah cukup untuk aku ?      Adakah aku sudah bersedia? Apa yang telah aku lakukan Sepanjang hayat yang telah ALLAH pinjamkan padaku?      Adakah telah aku manfaatkan secukupnya???  Sedarkah aku semua ini hanya pinjaman semata-mata,     Yang telah melalaikan aku, dengan kemewahan dunia, Sehingga aku lupa akan Tujuan Hidupku Yang sebenar.........      Dan aku terlupa " SIAPAKAH AKU" ?????

PenJAgAAn AwAL KandUNgan =)

Image
ALhamdulillah sudAH SebuLAN rUPAnya diRIku meNGandung.. heheheheh =) masa mula-mula dapat tahu, sujud syukur aku. seronok yang tak terkata dibuatnya. Suami aku apatah lagi. ehhehehehhe so Banyak jugaklah Belajar Dari oRAng yANG bERPENGALAMAN. TerutAMa Mumy i lah.. Mumy banyak bagi petua-petua. abah pun sama....  Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) Istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 ) * Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) *  Surah Al-Fatihah   (Untuk terang hati dan kuat ingatan) *  Surah Maryam   (Untuk memudahkan ibu bersalin) *  Surah Yusuf  (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak) *  Surah Luqman  (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa) *  Surah Yaasin   (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat) *  Su

HOGOH.....PAHANG......HOGOH !!!!!!!

Tahniah Pahang ....... Koi anak jati pekan ....... AMUK TOK GAJAH !!!!!!!!

MUnaJat CINta SEOrang ISteRI

MUNAJAT CINTA SEORANG ISTRI Ya Allah Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaraan yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental Kau karuniakanlah aku dengan sifat keridha-an Kau peliharalah lidahku dari kata kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala ujian-Mu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arasy Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan ridha atas segala perbuatannya Sekiranya suamiku ìni adalah bidadara untukku di JannahMu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata kataku dari menyakiti perasaanya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala ke

TAnDA reZEkI itU berKAt

KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan.. Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun,

SEbaGai REnUNGan

renungilah kata Imam Ghazali rhm: “Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.

MENcARi KEbAHaGiaAN aBaDi

Di mana? Di sisi Allah... Firman Allah, maksudnya : "Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Maha Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya." (Surah Al-Qamar 54:55) Bagaimana? Dengan Mengutamakan Akhirat... Firman Allah, maksudnya : "Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." (Surah al-Baqarah :86) Dengan Sabar dan Taqwa Firman Allah, maksudnya: "Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Hud:49) Untuk Siapa? yang beriman dan beramal soleh... Firman Allah, maksudnya: "Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagi

ALLAH mAHa PENgamPUn

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar : 53)

PERjaLANaN hIDuP maNUSia

Menurut Al Qur’an : Dari Allah kembali kepada Allah ( Al Baqarah  2: 156 ). Sesungguhnya tujuan hidup kita di dunia adalah untuk  mendapatkan keridhoan Allah, melalui ujian kesabaran  dan keikhlasan, bukan sekedar mengharapkan surga. Surga bukan tujuan para sufi.  Surga bukan tujuan para pencari sejati.   Karena di surga tidak ada Allah.  Di surga tidak ada apa-apa, kecuali kesenangan fisik. Demi Masa :  Manusia senantiasa merugi (Al Asr 103:1-3).   Merugi bila kita tidak memiliki dan tidak mengerti tujuan hidup.   Karena kita semua akan  mengalami proses penuaan dan akhirny a mati, kembali kepada Allah. Beberapa periode kehidupan manusia DI ALAM KETUHANAN DI ALAM RUH DI DALAM RAHIM IBU DI ALAM DUNIA KEMBALI KEHADIRAT ALLAH DI ALAM KETUHANAN Tuhan ada, DIA berdiri dengan sendirinya , tidak ada apa – apa di sisi-Nya , tidak serupa apapun, Kemudian Dia ciptakan makhluk :  “ Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, oleh sebab cinta maka  Aku ciptak

SeBAgAI penDOMan Kita bErSamA

فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ أَن سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيّاً  Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang". Surah Maryam ayat 11

sAAt DiRikU dI Uji

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah. Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:   Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepa