PenJAgAAn AwAL KandUNgan =)

ALhamdulillah sudAH SebuLAN rUPAnya diRIku meNGandung.. heheheheh =)
masa mula-mula dapat tahu, sujud syukur aku. seronok yang tak terkata dibuatnya. Suami aku apatah lagi. ehhehehehhe
so Banyak jugaklah Belajar Dari oRAng yANG bERPENGALAMAN. TerutAMa Mumy i lah.. Mumy banyak bagi petua-petua. abah pun sama.... 
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:
1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat
2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.
3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Tips pemakanan semasa mengandung

Nasihat Pemakanan
1) Jangan makan nenas – sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) – sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan – sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais – sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan – takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.
Banyakkan :-
1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an – biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.
1) Amalan Pemakanan berkhasiat
Ibu2 mengandung sedia maklum kandungan gizi pemakanan seimbang yang harus di ambil setiap hari mestilah terdiri daripada :
a) Protein
- membina, membaiki dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.
b)Karbohidrat
- memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.
c)Lemak
- memanaskan badan dan menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.
d)Vitamin
- menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.
e)Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang dan makanan laut. *mak buyung tak suka makan sayuran hijau, jadi ganti dengan buah strawberi & brocolli yang lazat*
Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.
Kurma membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam a.s yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa a.s

Comments

Popular posts from this blog

OFFICIAL FOTOGRAPHER KONVOKESYEN

peRaNaN SuaMI keTikA iStErI dalAm BErPaNtAng

♥ DoAku UntUK mU ♥