Posts

Showing posts from March, 2015

MeNAnGani AnAK-Anak HiPerAktiF =)

Ibu bapa sering kecewa dan stress menangani anak-anak yang terlalu aktif. “Anak saya terlalu aktif..tak boleh duduk diam walau seminit..melompat sana, melompat sini. Nak tengok dia duduk diam, hanya waktu dia tidur. Tidur pulak sekejap sahaja..Penatnya…saya tak sempat tarik nafas dibuatnya”  Begitulah agaknya keluhan ibu-ibu yang anak mereka terlalu aktif. Sebenarnya anak yang aktif menunjukkan mereka sihat. Otak mereka pantas berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bayangkan jika anak kita terbaring saja, tentu kita susah hati juga dibuatnya. Justeru ibu-ibu..reframe minda kita untuk memandang situasi itu dari sudut yang positif untuk mengurangkan stress. Tips berikut mungkin boleh membantu kita dalam menangani anak-anak yang hiperaktif. 1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk kanak-kanak hiperaktif dan untuk seisi keluarga. Jika perlu, tulis peraturan dan pampangkan di tempat yang boleh dilihat oleh semua ahli keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak hiperaktif benar-ben

HatI - hAtI MeMilIH naMA anAK ♥♥♥

KEBANYAKAN pasangan yang menanti kelahiran anak sulung kini tidak berdebar seperti zaman dulu-dulu. Siang-siang mereka boleh meneka sama ada bayi yang bakal lahir nanti lelaki atau perempuan, menerusi kecanggihan teknologi. Masih dalam rahim ibu, jantina janin @ bayi kini sudah boleh diketahui. Doktor pakar melakukan ‘scan’ ke atas wanita hamil, dan bakal ibu – juga bakal ayah – boleh melihat gerakan bayi dalam perut, tergedik-gedik. Menerusi kaedah itu juga boleh diketahui yang lahir nanti lelaki atau perempuan. Ketepatan pengecaman jantina menerusi scan boleh dikatakan 90 peratus. Ibu zaman dulu-dulu tidak ada scan. Jangankan scan, di kampung saya klinik atau hospital bersalin pun tidak ada. Waktu itu kalau ada klinik desa sudah dianggap maju. Ada klinik, ada jururawat; sampai sekarang orang tua-tua tempat saya tidak sebut ‘jururawat’ tetapi panggil ‘misi’. Oleh sebab misi tiada dulu-dulu orang kampung lebih bergantung pada mak bidan, atau sesetengah orang menyebutnya ‘dukun bera