Posts

Showing posts from 2014

wAHai SuaMi, HorMAtI Dan HargAILAh ISterIMu......

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu. Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato’ Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu. 01. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri , terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.   02. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas . Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.   03. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..   04. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.   05. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih d

peRaNaN SuaMI keTikA iStErI dalAm BErPaNtAng

Hari Ni saya nah share sikit Peranan suami semasa isteri Dalam berpantang. Si suami fahamlah isteri baik-baik. Saat ini Perasaan isteri sangat sensitive Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi. Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri k

♥♥♥ CINTA RASULULLAH….CINTA TERINDAH ♥♥♥

Image
Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah.” Keyakinan kita kepada Allah adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah. Justeru, Rasulullah itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah s.w.t. Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya oleh wahyu. Allah berfirman yang bermaksud: “Rasulullah tidak berkata melainkan wahyu Allah.” ( Surah al- Najm 53: 3-4) Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah… kerana Bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah. Ki

LUaHan Hati SEoRANG iSTERi =)

Bermula seperti hari-hari biasa, Tetapi hari ini mengapa sukar sangat buat diriku......... Apa yang memebuatkan diriku merasakan sedemikian ? Mungkin kerana peristiwa semalam yang membuatkan aku sendiri murung pada pagi ini !!! Aku tertanya-tanya apakah semua ini silap dari diriku? Aku tertanya-tanya apakah semuanya keana aku seorang yang tidak memahami? Untuk membuatkan dirinya tersenyum saat dirinya memikirkan banyak masalah pun aku tidak mampu !!! Apakah aku seorang isteri yang terbaik buat dirinya ? Setiap saat aku cuba jadi yang terbaik.. Aku cuba untuk terus terus dan terus 'be the best for my husband'.... Cuma aku manusia biasa....... Yang tidak dapat memenuhi kepenuhan isi hati mu....... Bermula hari pertama aku disahkan hamil, Aku sangat sensitif, terhadap semua perkara.... Kadang-kala ianya mungkin perkara biasa buat kalian, Tetapi amat terasa mendalam menusuk jiwaku........ Kata-kata darimu yang kadang-kala membuat diri ini terasa, Mungkin bagi d