Posts

Showing posts from July, 2013

TrIfLE

Memandangkan sekarang bulan Ramadhan, teringat dekat Trifle yang selalu MaMA buat.  Yummy.... 1 biji kek swiss roll (dipotong bulat) Kuah kastad: 1 cawan tepung kastad 1 tin susu cair 2 1/2 tin susu air 3/4 sudu besar gula air dari  tin fruit cocktail Semua bahan di atas dimasak sehingga pekat.  Sejukkan. 1 tin fruit cocktail 1 paket jelly (bancuh mengikut arahan) Susunkan swiss roll dalam acuan. Tuangkan kuah selapis. Susun lagi dengan kek. Tuangkan kuah di atasnya, sehingga habis. Tuangkan bancuhan jelly. Taburkan buah di atasnya.  Sejukkan. so MAKAN, heheheh !! sedap Tau maKAn sejuk3..... =p

Buat SuAmi Yang Baru kU pUNYa

Dapat artikel yang touching ni dari email dan biasanya saya akan search dulu untuk mengetahui sumbernya. Rupanya kisah ini ditulis dari  forum Cari.com.my . Sebagai renungan untuk suami dan bakal suami. Gaya penulisannya selamba tetapi menggunakan bahasa shortcut internet. Faham-faham jer la.. Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki.. Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe.. Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kas

Bawal Sweet Sour

Image
Bahan-bahan : 1 ekor bawal 2 biji bawang besar [1 dikisar, 1 di potong bulat] 3 ulas bawang putih [dikisar] 5 cm halia [dikisar] 1 biji cili merah [dikisar] 1 biji tomato [dipotong dadu] 1 sudu kicap manis 1 sudu sos cili Daun sup Garam Minyak Cara-cara : 1. Goreng bawal yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga garing, ketepikan. 2. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau, masukkan kicap, sos cili, bawang dan tomato. 3. Masukkan air ikut citarasa, biarkan mendidih. 4. Perasakan dengan garam, tutup api masukkan sedikit daun sup. 5. Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi.  6. Sedia untuk dihidangkan. tip ijan :  bagi yang menyukai nenas, boleh lah dimasukkan sedikit ke dalam sos, ini memberikan rasa masam manis yang lebih melazatkan....cukup mudah!!!..Sekiranya anda menyukai sos yang lebih  pekat, masukkan 1 sudu tepung jagung  yang telah dibancuh dengan sedikit air...mudah bukan??

Tomyam "mudah dan lazat"

Image
Bahan-bahan : 500 gm ayam [dipotong kecil] 3 paket pes tomyam  1 batang carrot  1 batang saderi  1 paket cendawan Sedikit jagung muda Sedikit bunga kobis 2 biji tomato 5 batang serai [diketuk] 5 helai daun limau purut 2 biji bawang besar [dipotong bulat] 5 biji cili api Jus limau kasturi Garam Air secukupnya Cara-cara : 1. Masukkan ayam yang dipotong kecil ke dalam periuk bersama-sama bawang, serai dan sedikit air. Tutup periuk dan biarkan di atas api sederhana sehingga mendidih. 2. Masukkan semua sayur-sayuran, daun limau purut, pes tomyam, cili, jus limau kasturi dan air secukupnya. Biarkan hingga masak. Masukkan tomato. 3. Perasakan dengan garam. 4. Sedia untuk dihidangkan. tip ijan :   bagi yang menyukai tomyam campur, masukkan saja udang, sotong dan sedikit daging ke dalamnya....tapi ini akan memberikan rasa yang berlainan....begitu juga dengan sayur-sayuran....boleh tambah dan kurangkan ikut citarasa masing-masing...apa kata anda cuba masukkan sedikit kubis, se

CoReTAn HatI

Setetes kebencian di dalam hati Pasti akan membuahkan penderitaan Tapi setetes cinta di dalam relung hati akan membuahkan kebahagiaan sejati Kalahkan Kemarahan dengan Cinta Kasih Kalahkan Kejahatan dengan Kebajikan Kalahkan kekikiran dengan Kemurahan Hati Kalahkan Kesombongan dengan Kejujuran Nafsu hanya akan memberikan kebahagiaan sesaat tapi cinta yang tulus dan sejati akan memberikan kebahagiaan selamanya Jika kita mencintai seseorang Berusahalan untuk tampil apa adanya karena Cinta sejati selalu dapat Menerima Kelebihan dan Kekurangan Bahagialah bagi orang yang mengerti akan arti cinta, Karena Cinta itu akan memberikan warna bagi kehidupannya Cinta yang teramat besar kadang dapat membuat kita tak bisa mencintai lagI

MuTiaRa PagI

Image
 "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."  "Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"  "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"  "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"  "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"  "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"  "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Mem