Posts

Showing posts from August, 2013

sAAt DiRikU dI Uji

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah. Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:   Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepa

PudInG rOTi SEmANis KuRma

Image
Bahan-bahan: 10 keping roti 1 tin susu cair* 2 biji telur* 2 sb tepung jagung* 2 sb gula halus* 10 biji kurma* 1/2 cawan kismis Cara-cara: panaskan oven 170 darjah celcius blend ke semua bahan bertanda * sediakan bekas/acuan atau gunakan bekas aluminum seperti yang CW gunakan setiap keping roti dipotong kpd 4 bahagian celupkan roti ke dalam adunan yang di blend kemudian susun ke dalam acuan taburkan kismis bagi setiap lapisan akhir skali tuang lebihan adunan blend tadi kedalam acuan biarkan seketika (10-15 minit) kemudian bakar lebih kurang 30 minit sebelum dibakar

DiaRi SeoRanG isTeRi

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri "Apelah awak ni....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran...."Come on Nisa u can d

SelAMAt HarI rAYA

Image
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara dan kengkawan tak kira di mana jua anda berada. Ampun dan maaf andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terpinjam harta-benda, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan. Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat anda semua. Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.

SeLamAT hARi RAya ♥♥♥ Dari KAmi Warga TM

Image
♥♥♥Kami Model TM.... hahahaha.. selamat HARI RAYA AIDILFITRI kami warga TMPOint Pekan ucapkan buat semua..... ♥♥♥

SaHabaT sAYa-----Nurul SYahida-----zARUL Haslil----

Image
kami 3 sahabat sampai bila-bila... i love both of u guys....