Hanya ALLAH Yang Aku Sembah Hingga Akhir Hayat
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" "Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" "Baitullah tu apa?" ... "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah" "Allah ada dalam tu?" "Tak....." "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.." "Kamu sembah apa?" "Saya sembah Allah swt" "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?" "Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.." "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.." "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?" "Pernah...... selalu.." "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?" "Tengok perlawanan bola la.." "Di mana?" "Dalam tv la.." "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.." "Memanglah tak ad