Posts

Image
Jika Anda ingin merasa lebih hidup,  perhatikanlah kehidupan ini dengan lebih rinci dan teliti, agar Anda segera menyadari bahwa tidak semua masalah adalah urusan Anda, dan bahwa tanggung-jawab Anda adalah menjadi sebaik-baiknya diri Anda.
Image
Orang yang tidak takut miskin karena Tuhan, tidak akan menjadi miskin. Hati yang ikhlas, akan setia kepada yang benar, tanpa khawatir akan kemiskinan.

MeNAnGani AnAK-Anak HiPerAktiF =)

Ibu bapa sering kecewa dan stress menangani anak-anak yang terlalu aktif. “Anak saya terlalu aktif..tak boleh duduk diam walau seminit..melompat sana, melompat sini. Nak tengok dia duduk diam, hanya waktu dia tidur. Tidur pulak sekejap sahaja..Penatnya…saya tak sempat tarik nafas dibuatnya”  Begitulah agaknya keluhan ibu-ibu yang anak mereka terlalu aktif. Sebenarnya anak yang aktif menunjukkan mereka sihat. Otak mereka pantas berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bayangkan jika anak kita terbaring saja, tentu kita susah hati juga dibuatnya. Justeru ibu-ibu..reframe minda kita untuk memandang situasi itu dari sudut yang positif untuk mengurangkan stress. Tips berikut mungkin boleh membantu kita dalam menangani anak-anak yang hiperaktif. 1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk kanak-kanak hiperaktif dan untuk seisi keluarga. Jika perlu, tulis peraturan dan pampangkan di tempat yang boleh dilihat oleh semua ahli keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak hiperaktif benar...

HatI - hAtI MeMilIH naMA anAK ♥♥♥

KEBANYAKAN pasangan yang menanti kelahiran anak sulung kini tidak berdebar seperti zaman dulu-dulu. Siang-siang mereka boleh meneka sama ada bayi yang bakal lahir nanti lelaki atau perempuan, menerusi kecanggihan teknologi. Masih dalam rahim ibu, jantina janin @ bayi kini sudah boleh diketahui. Doktor pakar melakukan ‘scan’ ke atas wanita hamil, dan bakal ibu – juga bakal ayah – boleh melihat gerakan bayi dalam perut, tergedik-gedik. Menerusi kaedah itu juga boleh diketahui yang lahir nanti lelaki atau perempuan. Ketepatan pengecaman jantina menerusi scan boleh dikatakan 90 peratus. Ibu zaman dulu-dulu tidak ada scan. Jangankan scan, di kampung saya klinik atau hospital bersalin pun tidak ada. Waktu itu kalau ada klinik desa sudah dianggap maju. Ada klinik, ada jururawat; sampai sekarang orang tua-tua tempat saya tidak sebut ‘jururawat’ tetapi panggil ‘misi’. Oleh sebab misi tiada dulu-dulu orang kampung lebih bergantung pada mak bidan, atau sesetengah orang menyebutnya ‘dukun bera...

wAHai SuaMi, HorMAtI Dan HargAILAh ISterIMu......

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu. Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato’ Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu. 01. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri , terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.   02. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas . Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.   03. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..   04. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.   05. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah men...

peRaNaN SuaMI keTikA iStErI dalAm BErPaNtAng

Hari Ni saya nah share sikit Peranan suami semasa isteri Dalam berpantang. Si suami fahamlah isteri baik-baik. Saat ini Perasaan isteri sangat sensitive Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi. Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri k...

♥♥♥ CINTA RASULULLAH….CINTA TERINDAH ♥♥♥

Image
Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah.” Keyakinan kita kepada Allah adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah. Justeru, Rasulullah itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah s.w.t. Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya oleh wahyu. Allah berfirman yang bermaksud: “Rasulullah tidak berkata melainkan wahyu Allah.” ( Surah al- Najm 53: 3-4) Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah… kerana Bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah. Ki...