WelComE =)

♥ It AboUT sIMPLE Life To sHARE wITH oTHERS pEOPLe ♥♥♥♥♥

Tuesday, 16 July 2013

Tomyam "mudah dan lazat"












Bahan-bahan :

500 gm ayam [dipotong kecil]
3 paket pes tomyam 
1 batang carrot 
1 batang saderi 
1 paket cendawan
Sedikit jagung muda
Sedikit bunga kobis
2 biji tomato
5 batang serai [diketuk]
5 helai daun limau purut
2 biji bawang besar [dipotong bulat]
5 biji cili api
Jus limau kasturi
Garam
Air secukupnya

Cara-cara :

1. Masukkan ayam yang dipotong kecil ke dalam periuk bersama-sama bawang, serai dan sedikit air. Tutup periuk dan biarkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan semua sayur-sayuran, daun limau purut, pes tomyam, cili, jus limau kasturi dan air secukupnya. Biarkan hingga masak. Masukkan tomato.
3. Perasakan dengan garam.
4. Sedia untuk dihidangkan.

tip ijan : bagi yang menyukai tomyam campur, masukkan saja udang, sotong dan sedikit daging ke dalamnya....tapi ini akan memberikan rasa yang berlainan....begitu juga dengan sayur-sayuran....boleh tambah dan kurangkan ikut citarasa masing-masing...apa kata anda cuba masukkan sedikit kubis, sedap tau!!!

No comments:

Post a Comment