Bawal Sweet Sour











Bahan-bahan :

1 ekor bawal
2 biji bawang besar [1 dikisar, 1 di potong bulat]
3 ulas bawang putih [dikisar]
5 cm halia [dikisar]
1 biji cili merah [dikisar]
1 biji tomato [dipotong dadu]
1 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
Daun sup
Garam
Minyak

Cara-cara :

1. Goreng bawal yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga garing, ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau, masukkan kicap, sos cili, bawang dan tomato.
3. Masukkan air ikut citarasa, biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam, tutup api masukkan sedikit daun sup.
5. Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi. 
6. Sedia untuk dihidangkan.

tip ijan : bagi yang menyukai nenas, boleh lah dimasukkan sedikit ke dalam sos, ini memberikan rasa masam manis yang lebih melazatkan....cukup mudah!!!..Sekiranya anda menyukai sos yang lebih  pekat, masukkan 1 sudu tepung jagung  yang telah dibancuh dengan sedikit air...mudah bukan??

Comments

  1. wau ...dapnyeeeee,,nanti istri abi masakan untuk abi yach,,thanks chyunk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah sama2 buat tau.... baru bertambah2 sedap makanan tu.. nanti kita buat tau baby

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

OFFICIAL FOTOGRAPHER KONVOKESYEN

peRaNaN SuaMI keTikA iStErI dalAm BErPaNtAng

♥ DoAku UntUK mU ♥